Guru Berkesan II

Guru berkesan II

Bagaimana dan apakah  ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:
•         Bersikap profesional.
•         Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
•         Kaya ilmu.
•         Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
•         Bermoral teguh.
•         Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
•         Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
•         Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
•         Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
•         Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
•         Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
•         Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
•         Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
•         Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
•         Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
•         Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
•         Profesional dan menumpukan perhatian kepada P & P di sekolah

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.