Tanggungjawab Guru dalam Pelaksanaan PdP yang berkualiti dan berkesan
1. Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP)
2. PdP yang berkualiti tinggi
3. Bersungguh-sungguh dan berusaha untuk memperkembangkan potensi
dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.
Guru haruslah memastikan :
1) penglibatan murid dalam aktiviti PdP bagi membolehkan pengajaran berkesan
2) penguasaan pembelajaran murid dari segi kognitif, afektif dan psikomotor meningkat
3) hasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan pembelajaran
4) perancangan dan persediaan yang rapi bagi bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran
5) kaedah penyampaian yang berkesan bagi meningkatkan pencapaian objektif pelajaran
6) komunikasi yang mudah dan berkesan bagi mempercepatkan pemahaman murid dan menggalakkan pembelajaran murid
7) penggunaan sumber pendidikan yang berkesan bagi mengukuhkan pembelajaran murid
8) penilaian yang berterusan bagi meningkatkan keberkesanan pdp
9) kepelbagaian teknik menyoal bagi meningkatkan pemahaman dan kejelasan pelajaran
serta memperkembangkan pemikiran kreatif dan kritis murid
serta memperkembangkan pemikiran kreatif dan kritis murid
10) penguasaan fakta dan konsep bagi membolehkan pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas dan tepat.
11) pengurusan kelas yang cekap bagi mewujudkan suasana yang kondusif untuk keberkesanan PdP.
12) pematuhan etika kerja dan amalan nilai positif bagi mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid
terhadap guru
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.