Wednesday 2 December 2015

Fail Meja Guru M.Pelajaran

<iframe  src="https://docs.google.com/document/d/18W_7u2fR-HReAf2c_YUZm98xNAeNZz7PSvjEYNwIgEY/pub?embedded=true"></iframe>

BIDANG TUGAS GURU KELAS

BIDANG TUGAS GURU KELAS

A) PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS

 1) Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan,           Setiausaha, Bendahari, AJK Disiplin, AJK Keceriaan, AJK Kebajikan, AJKKokurikulum, dan
      AJK Akademik mengikut matapelajaran.

2) Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.

3) Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:
a) Jadual Waktu
b) Jadual Tugas Harian
c) Struktur Organisasi Kelas
e) Pelan Larian Kecemasan
f) Gambar-gambar pemimpin
g) Sudut Bacaan
h) Perabot/Alatan seperti Daftar Inventori

4) Menentukan talian elektrik, kipas angin, dan lampu dalam keadaan baik dan selamat

5) Segera melaporkan jika berlaku kerosakan kepada guru yang berkenaan.

6) Mengambil tindakan yang sesuai seperti menyelaras kerja membaik pulih perabot kelas.

7) Mengadakan tabung kelas dengan jumlah yang dipersetujui oleh pelajar bagi tujuan keceriaan kelas dan  
    kebajikan kelas

B) JADUAL KEDATANGAN MURID

1. Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan di tempat yang ditetapkan di pejabat.
2.  Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan pelajar ditulis dan dikemaskini.
3) Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.
4) Memastikan kelas mempunyai diari kelas dan diuruskan dengan baik.
5) Mengambil tindakan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi pelajar yang tidak hadir ke sekolah.

C) REKOD PRESTASI AKADEMIK,SIJIL BERHENTI,SURAT AKUAN DAN KAD 001

1) Memastikan setiap pelajar mempunyai Buku Rekod Prestasi Akademik yang lengkap dengan butiran peribadi yang diperlukan termasuk gambar foto serta berbalut dengan plastik.
2) Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik serta lain-lain maklumat yang terdapat dalam buku tersebut mengikut masa yang ditetapkan (ujian bulanan, peperiksaan penggal, peperiksaan percubaan). 
3) Memastikan buku tersebut disampaikan kepada waris dan ditandatangani oleh waris pelajar,
4) Mengisi buku Rekod Ujian dan Peperiksaan Sekolah dan diserahkan kepada Pengetua bersama dengan buku rekod Prestasi Akademik Pelajar untuk disemak dan ditandatangani sebelum diserahkan kepada waris pelajar.
5) Menyedia dan melengkapkan Kad 001.
6) Menyedia dan mengisi surat akuan pelajar jika diperlukan.

D) MASALAH PEMBELAJARAN,KESIHATAN DIRI DAN DISIPLIN

1) Memberi galakan,motivasi,dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik.
2) Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik.
3) Sentiasa prihatin terhadap masaah pelajar kelasnya.
4) Melaporkan kepada Kaunselor Pelajar pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran/kemerosotan pelajaran.
5) Melaporkan kepada Guru Kesihatan/Guru Bertugas Mingguan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan.
6) Menyediakan/menyimpan rekod-rekod kesihatan pelajar dan diberikan kepada pihak berkenaan jika diperlukan.
7) Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar peraturan sekolah.
8) Mengambil tindakan yang ditetapkan yang berkaitan dengan pelajar ponteng.

E) BUKU TEKS DAN BANTUAN KEBAJIKAN

1) Memastikan buku-buku SPBT diagihkan kepada pelajar yang layak, memastikan buku-buku tersebut dibalut dan dicatat nama pelajar, dan tidak ditinggalkan di dalam kelas.
2) Mengemaskinikan fail SPBT dari semasa ke semasa.
3) Menguruskan pemulangan buku teks mengikut tarikh yang ditetapkan, menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan menyerahkan senarai tersebut kepada guru SPBT.

F) KUTIPAN YURAN DAN DERMA
1) Mengutip yuran persekolahan pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar kesemua yuran sekaligus.
2) Menguitp derma PIBG
3) Mengeluarkan resit bagi semua kutipan yuran dan derma.
4) Menyerahkan kutipan-kutipan dan analisis kutipan tersebut kepada:
a) PK Pentadbiran (Yuran Persekolahan & yuran Peperiksaan)
b) Bendahari PIBG (Derma PIBG)
c) Guru-guru yang berkenaan bagi bayaran-bayaran lain.

G) PENDAFTARAN PELAJAR BARU
1) Mendaftarkan pelajar baru yang diterima dari Penyelia Tingkatan dalam buku Rekod Kemasukan Pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar dari PK HEM.
2) Menentukan penerimaan borang buku SPBT dari sekolah terdahulu dan jika layak, memastikan pelajar berkenaan mendapat buku teks.
3) Menentukan penerimaan Kad 001 dan Buku Rekod Prestasi Akademik dari sekolah terdahulu.
4) Menyemak jika pelajar berkenaan menerima sebarang bentuk bantuan dan melaporkan kepada Guru           Kebajikan
5) Menentukan rumah sukan.
6) Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

 H) MURID KELUAR
1) Menentukan borang SPBT, Rekod Prestasi Akademik Pelajar, dan Kad 001 diserah ke pejabat.
2) Menentukan kelulusan pertukaran telah diterima.
3) Memastikan buku teks tekah dipulangkan serta semua bayaran yuran telah dijelaskan.

I) PENDAFTARAN SUKAN, PERSATUAN DAN LAIN-LAIN 
1) Memastikan setiap pelajar
a) mempunyai rumah sukan
b) menganggotai sekurang-kurangnya satu persatuan akademik, satu kelab sukan dan

 2) Menggalakkan setiap pelajar bergiat cergas dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.

 J) IKLIM KELAS SECARA KESELURUHAN 
1) Memastikan iklim kelas secara keseluruhannya sesuai untuk aktiviti P&P. permainan, dan satu pasukan unit beruniform.

K) Guru Bimbingan / Kaunseling dan Guru Disiplin
1. Menjalankan tugas sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling.
2. Menjalankan tugas sebagai seorang guru disiplin.

Friday 31 July 2015

Nota Kelas Abab 21

Tanggungjawab Guru

Tanggungjawab Guru dalam Pelaksanaan PdP yang berkualiti dan berkesan
1. Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) 
2. PdP yang berkualiti tinggi 
3. Bersungguh-sungguh dan berusaha untuk memperkembangkan potensi  
    dan  pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.
Guru haruslah memastikan :
1)    penglibatan murid dalam aktiviti PdP bagi membolehkan pengajaran berkesan
2)    penguasaan pembelajaran murid dari segi kognitif, afektif dan psikomotor meningkat
3)    hasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan pembelajaran
4)    perancangan dan persediaan yang rapi bagi bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran
5)    kaedah penyampaian yang berkesan bagi meningkatkan pencapaian objektif pelajaran
6)    komunikasi yang mudah dan berkesan bagi mempercepatkan pemahaman murid dan menggalakkan              pembelajaran murid
7)    penggunaan sumber pendidikan yang berkesan bagi mengukuhkan pembelajaran murid
8)    penilaian yang berterusan bagi meningkatkan keberkesanan pdp
9)    kepelbagaian teknik menyoal bagi meningkatkan pemahaman dan kejelasan pelajaran  
       serta  memperkembangkan pemikiran kreatif dan kritis murid
10) penguasaan fakta dan konsep bagi membolehkan pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas dan tepat.
11) pengurusan kelas yang cekap bagi mewujudkan suasana yang kondusif untuk keberkesanan PdP.
12) pematuhan etika kerja dan amalan nilai positif bagi mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid 
       terhadap guru

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1981 Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang (Free Period ) oleh Guru-guru.

Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang (Free Period ) oleh Guru-guru.

 Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar/waktu luang (free period) seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu mengajar masing-masing.

 Didapati ada sebahagian kecil guru-guru menganggapnya sebagai masa tidak bekerja. Anggapan ini adalah salah dan perlu dibetulkan. 

 2. Oleh itu tuan/puan diminta memberitahun semua Guru Besar supaya:-

 2.1 Mengingatkan semua guru bahawa waktu tidak mengajar/waktu luang ( free period) adalah masa 
      bekerja. 

 2.2. Guru besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu antara lain untuk:- 

 2.2.1 Menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah darjah. 

2.2.2 Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku tambahan, membuat nota 
         mengajar, menyediakan alat-alat mengajar dan sebagainya. 

2.2.3 Memeriksa buku latihan murid-murid.

 2.2.4 Mengadakan pertermuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar.

 2.2.5 Penyediaan aktiviti-aktiviti gerakerja kokurikulum.

 2.2.6 Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Guru Besar. 

 Tegasnya , waktu tidak mengajar itu mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada murid-murid, khasnya dan sekolah amnya. 

 3. Harap dapat surat pekeliling ini disampaikan kepada semua Guru Besar untuk panduan dan tindakan mereka.

 ’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

 Saya yang menurut perintah,
 (DATO’HAJI IDRIS BIN HJ. TAIN) Bahagian Sekolah-Sekolah

Monday 1 June 2015

TATASUSILA PROFESION KEGURUAN MALAYSIA


Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-prinsip Rukunegara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Dengan menyedari besarnya tanggungjawab membimbing anak muda mencapai kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami meyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya :

TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJARAN
  • Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.

  • Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, keturunan atau agama.

  • Merahsiakan maklumat iktisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

  • Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam matapelajaran-matapelajaran yang diajar di bilik  darjah tanpa sebarang bayaran.
  • Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.

  • Memelihara dan memperbaiki kecekapan iktisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus iktisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.


TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
  • Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

  • Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.

  • Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka yang berhak mengetahuinya.

  • Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

  • Mengelakkan diri dari menggunakan atau mempengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

  • Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.


TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
  • Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara yang bertentangan dengan Rukunegara.

  • Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

  • Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuh segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

  • Manggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibubapa, institusi pendidikan dan masyarakat.

  • Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat.

  • Berpegang kepada tingkahlaku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.


TANGGUNGJAWAB TRHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN
  • Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

  • Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.

  • Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengelakkannya sejajar dengan kemajuan iktisas dan sosial.

  • Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion perguruan.

  • Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

  • Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

Kemahiran yang mesti diperolehi oleh seorang guru

1. Aplikasi Subjek
2. Kaedah bilik darjah.
3. Mengurus kelas.
4. Membuat ujian dan merekod keputusan.
5. Mengurus kurikulum.
6. Menjalankan penyelidikan.
7. Kemahiran ICT
8. KBAT/Ithink.
9. PdP abab ke-21.

Pengetahuan dan Kefahaman Yang Mesti diperolehi Oleh Seorang Guru

1. Tahu mengenai kanak-kanak
2. Tahu Proses belajar murid-murid.
3. Tahu mengenai subjek.
4. Tahu mengenai kurikulum.
5. Tahu peranan guru.

Tugas Dan Tanggung Jawab Seorang Guru

Tugas Dan Tanggung Jawab Seorang Guru
  1. Seorang Guru harus dapat meneruskan dan mengembangkan nilai-nilai hidup. Guru harus mampu berperan sebagai pendidik dan dapat mengubah perilaku murid sesuai dengan ajaran yang baik dan benar. Bagaimana guru mendidik para muridnya agar menjadi manusia yang yang cerdas dan dapat berguna bagi nusa dan bangsa.
  2. Seorang Guru harus dapat meneruskan dan dapat mengembangkan ilmu pengetahuan dan teknologi yang baik dan benar. seorang guru dalam memberikan pengajaran terhadap materi yang benar-benar ia kuasai. Selain memberikan pengajaran terhadap materi, seorang guru juga memberikan pengajaran mengenai berbagai pengalaman diluar pelajaran tersebut yang mungkin berkaitan dengan hidup bermasyarakat.
  3. Seorang Guru harus dapat melakukan Pengembangan metode Kependidikan serta penelitian khusunya dibidang pendidikan. Dalam memberikan pelajaran dan pendidikan guru harus dapat memberikan materi dengan metode baru dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh adalah bagaimana seorang guru dalam mengajarkan metode dan cara meningkatkan daya ingat otak dalam menerima pelajaran. Mengembangkan ilmu yang dikuasai merupakan tugas guru dan tenaga pendidik lainnya. Mungkin dalam era modern sekarang ini masih banyak yang tidak peduli mengenai hal ini, Guru harus dituntut untuk rajin belajar sebab  ilmu baru dan pengetahuan baru sebab ilmu pengetahuan semakin hari semakin berkembang dan seorang guru tidak mungkin memberikan pengajaran dan pendidikan terhadap murid dengan pengetahuan dan ilmu yang sudah using alias ketinggalan zaman.
  4. Seorang Guru harus mampu memberikan motivasi pada setiap murid yang mereka didik, guru harus dapat memberikan semangat dan menjadi sumber energi untuk para muridnya. Bagi murid yang sedang lesu dan lemas, maka guru harus memberikan solusi sebagai penyemangat agar proses belajar mengajar akan sangat efektif dan efisien.
  5. Seorang Guru guru harus dapat berperan sebagai pendamping, yang artinya seorang guru dapat menganti peran orang tua. Ia harus dapat memberikan solusi dan jalan ketika muridnya ingin melakukan sesuatu dan ingin mengembangkan serta berpartisipasi dalam acara serta kejuaraan tertentu. Sosok Seorang guru tidak peduli apakah ia wanita atau pria, dan harus menjadi teladan yang baik untuk untuk seluruh muridnya. Karena ia berhadapan langsung dengan mereka yang otomatis menjadi contoh dalam berperilaku dan bertata karma dan mempunyai rasa soan santun terhadap sesama.Seorang Guru harus mampu menjadi wali yang baik untuk muridnya, ia harus berusaha mengetahui kondisi para muridnya dan berperan aktif untuk mencari solusi atas kesulitan tersebut. Ia harus memberikan solusi seperti cara menghindari stress saat belajar dan berbagai masalah lain yang muridnya hadapi. Tugas guru sebenarnya adalah menjadi orang tua wali yang baik bagi muridnya.
  6. Seorang Guru akan mendapatkan tempat yang lebih terhormat di lingkungannya karena dari seorang gurulah masyarakat dapat memperoleh pengetahuan. Ini berarti bahwa guru memiliki kewajiban untuk mencerdaskan masyarakat dan bangsa menuju pembentukan manusia seutuhnya. Karenanya pantaslah seorang guru dalam masa pembangunan diatakan sebagai “pengabdi masyarakat”.
  7. Seorang Guru perlu manatap dirinya dan memahami konsep dirinya. seorang guru harus mampu berkaca pada dirinya sendiri. Bila ia berkaca pada dirinya, ia akan melihat bukan satu pribadi, tetapi ada tiga pribadi, yaitu: Saya dengan konsep diri saya (self concept), Saya dengan ide diri saya (self idea), Saya dengan realita diri saya (self reality).
  8. Dalam penampilan, guru harus mampu menarik simpati para muridnya, karena apabila seorang guru dalam penampilannya sudah tidak menarik, maka kegagalan pertama adalah ia tidak akan dapat menanamkan benih pengajarannya kepada para muridnya. Maka guru harus memahami hal ini dan berusaha mengubah dirinya menjadi simpatik. Demikian juga dalam hal kepribadian lainya.
  9. Misi yang diemban seorang guru adalah misi kemanusiaan, yaitu  “pemanusiaan manusia”- dalam artian transformasi diri dan auto-identifikasi peserta didik sebagai manusia dewasa yang utuh. sebab di sekolah,  guru  harus dapat menjadikan dirinya sebagai “orang tua kedua”  bagi peserta didik, dan di masyarakat sebagai figur panutan