Friday 31 July 2015

Nota Kelas Abab 21

Tanggungjawab Guru

Tanggungjawab Guru dalam Pelaksanaan PdP yang berkualiti dan berkesan
1. Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) 
2. PdP yang berkualiti tinggi 
3. Bersungguh-sungguh dan berusaha untuk memperkembangkan potensi  
    dan  pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.
Guru haruslah memastikan :
1)    penglibatan murid dalam aktiviti PdP bagi membolehkan pengajaran berkesan
2)    penguasaan pembelajaran murid dari segi kognitif, afektif dan psikomotor meningkat
3)    hasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan pembelajaran
4)    perancangan dan persediaan yang rapi bagi bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran
5)    kaedah penyampaian yang berkesan bagi meningkatkan pencapaian objektif pelajaran
6)    komunikasi yang mudah dan berkesan bagi mempercepatkan pemahaman murid dan menggalakkan              pembelajaran murid
7)    penggunaan sumber pendidikan yang berkesan bagi mengukuhkan pembelajaran murid
8)    penilaian yang berterusan bagi meningkatkan keberkesanan pdp
9)    kepelbagaian teknik menyoal bagi meningkatkan pemahaman dan kejelasan pelajaran  
       serta  memperkembangkan pemikiran kreatif dan kritis murid
10) penguasaan fakta dan konsep bagi membolehkan pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas dan tepat.
11) pengurusan kelas yang cekap bagi mewujudkan suasana yang kondusif untuk keberkesanan PdP.
12) pematuhan etika kerja dan amalan nilai positif bagi mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid 
       terhadap guru

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1981 Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang (Free Period ) oleh Guru-guru.

Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang (Free Period ) oleh Guru-guru.

 Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar/waktu luang (free period) seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu mengajar masing-masing.

 Didapati ada sebahagian kecil guru-guru menganggapnya sebagai masa tidak bekerja. Anggapan ini adalah salah dan perlu dibetulkan. 

 2. Oleh itu tuan/puan diminta memberitahun semua Guru Besar supaya:-

 2.1 Mengingatkan semua guru bahawa waktu tidak mengajar/waktu luang ( free period) adalah masa 
      bekerja. 

 2.2. Guru besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu antara lain untuk:- 

 2.2.1 Menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah darjah. 

2.2.2 Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku tambahan, membuat nota 
         mengajar, menyediakan alat-alat mengajar dan sebagainya. 

2.2.3 Memeriksa buku latihan murid-murid.

 2.2.4 Mengadakan pertermuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar.

 2.2.5 Penyediaan aktiviti-aktiviti gerakerja kokurikulum.

 2.2.6 Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Guru Besar. 

 Tegasnya , waktu tidak mengajar itu mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada murid-murid, khasnya dan sekolah amnya. 

 3. Harap dapat surat pekeliling ini disampaikan kepada semua Guru Besar untuk panduan dan tindakan mereka.

 ’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

 Saya yang menurut perintah,
 (DATO’HAJI IDRIS BIN HJ. TAIN) Bahagian Sekolah-Sekolah