Wednesday 2 December 2015

Fail Meja Guru M.Pelajaran

<iframe  src="https://docs.google.com/document/d/18W_7u2fR-HReAf2c_YUZm98xNAeNZz7PSvjEYNwIgEY/pub?embedded=true"></iframe>

BIDANG TUGAS GURU KELAS

BIDANG TUGAS GURU KELAS

A) PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS

 1) Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan,           Setiausaha, Bendahari, AJK Disiplin, AJK Keceriaan, AJK Kebajikan, AJKKokurikulum, dan
      AJK Akademik mengikut matapelajaran.

2) Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.

3) Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:
a) Jadual Waktu
b) Jadual Tugas Harian
c) Struktur Organisasi Kelas
e) Pelan Larian Kecemasan
f) Gambar-gambar pemimpin
g) Sudut Bacaan
h) Perabot/Alatan seperti Daftar Inventori

4) Menentukan talian elektrik, kipas angin, dan lampu dalam keadaan baik dan selamat

5) Segera melaporkan jika berlaku kerosakan kepada guru yang berkenaan.

6) Mengambil tindakan yang sesuai seperti menyelaras kerja membaik pulih perabot kelas.

7) Mengadakan tabung kelas dengan jumlah yang dipersetujui oleh pelajar bagi tujuan keceriaan kelas dan  
    kebajikan kelas

B) JADUAL KEDATANGAN MURID

1. Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan di tempat yang ditetapkan di pejabat.
2.  Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan pelajar ditulis dan dikemaskini.
3) Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.
4) Memastikan kelas mempunyai diari kelas dan diuruskan dengan baik.
5) Mengambil tindakan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi pelajar yang tidak hadir ke sekolah.

C) REKOD PRESTASI AKADEMIK,SIJIL BERHENTI,SURAT AKUAN DAN KAD 001

1) Memastikan setiap pelajar mempunyai Buku Rekod Prestasi Akademik yang lengkap dengan butiran peribadi yang diperlukan termasuk gambar foto serta berbalut dengan plastik.
2) Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik serta lain-lain maklumat yang terdapat dalam buku tersebut mengikut masa yang ditetapkan (ujian bulanan, peperiksaan penggal, peperiksaan percubaan). 
3) Memastikan buku tersebut disampaikan kepada waris dan ditandatangani oleh waris pelajar,
4) Mengisi buku Rekod Ujian dan Peperiksaan Sekolah dan diserahkan kepada Pengetua bersama dengan buku rekod Prestasi Akademik Pelajar untuk disemak dan ditandatangani sebelum diserahkan kepada waris pelajar.
5) Menyedia dan melengkapkan Kad 001.
6) Menyedia dan mengisi surat akuan pelajar jika diperlukan.

D) MASALAH PEMBELAJARAN,KESIHATAN DIRI DAN DISIPLIN

1) Memberi galakan,motivasi,dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik.
2) Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik.
3) Sentiasa prihatin terhadap masaah pelajar kelasnya.
4) Melaporkan kepada Kaunselor Pelajar pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran/kemerosotan pelajaran.
5) Melaporkan kepada Guru Kesihatan/Guru Bertugas Mingguan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan.
6) Menyediakan/menyimpan rekod-rekod kesihatan pelajar dan diberikan kepada pihak berkenaan jika diperlukan.
7) Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar peraturan sekolah.
8) Mengambil tindakan yang ditetapkan yang berkaitan dengan pelajar ponteng.

E) BUKU TEKS DAN BANTUAN KEBAJIKAN

1) Memastikan buku-buku SPBT diagihkan kepada pelajar yang layak, memastikan buku-buku tersebut dibalut dan dicatat nama pelajar, dan tidak ditinggalkan di dalam kelas.
2) Mengemaskinikan fail SPBT dari semasa ke semasa.
3) Menguruskan pemulangan buku teks mengikut tarikh yang ditetapkan, menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan menyerahkan senarai tersebut kepada guru SPBT.

F) KUTIPAN YURAN DAN DERMA
1) Mengutip yuran persekolahan pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar kesemua yuran sekaligus.
2) Menguitp derma PIBG
3) Mengeluarkan resit bagi semua kutipan yuran dan derma.
4) Menyerahkan kutipan-kutipan dan analisis kutipan tersebut kepada:
a) PK Pentadbiran (Yuran Persekolahan & yuran Peperiksaan)
b) Bendahari PIBG (Derma PIBG)
c) Guru-guru yang berkenaan bagi bayaran-bayaran lain.

G) PENDAFTARAN PELAJAR BARU
1) Mendaftarkan pelajar baru yang diterima dari Penyelia Tingkatan dalam buku Rekod Kemasukan Pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar dari PK HEM.
2) Menentukan penerimaan borang buku SPBT dari sekolah terdahulu dan jika layak, memastikan pelajar berkenaan mendapat buku teks.
3) Menentukan penerimaan Kad 001 dan Buku Rekod Prestasi Akademik dari sekolah terdahulu.
4) Menyemak jika pelajar berkenaan menerima sebarang bentuk bantuan dan melaporkan kepada Guru           Kebajikan
5) Menentukan rumah sukan.
6) Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

 H) MURID KELUAR
1) Menentukan borang SPBT, Rekod Prestasi Akademik Pelajar, dan Kad 001 diserah ke pejabat.
2) Menentukan kelulusan pertukaran telah diterima.
3) Memastikan buku teks tekah dipulangkan serta semua bayaran yuran telah dijelaskan.

I) PENDAFTARAN SUKAN, PERSATUAN DAN LAIN-LAIN 
1) Memastikan setiap pelajar
a) mempunyai rumah sukan
b) menganggotai sekurang-kurangnya satu persatuan akademik, satu kelab sukan dan

 2) Menggalakkan setiap pelajar bergiat cergas dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.

 J) IKLIM KELAS SECARA KESELURUHAN 
1) Memastikan iklim kelas secara keseluruhannya sesuai untuk aktiviti P&P. permainan, dan satu pasukan unit beruniform.

K) Guru Bimbingan / Kaunseling dan Guru Disiplin
1. Menjalankan tugas sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling.
2. Menjalankan tugas sebagai seorang guru disiplin.